CHECK IT OUT!!!

Monday, May 2, 2011

Sentiasa bersyukur lahir peribadi mulia


Oleh Hizbur Rahman 
Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

MARILAH kita sentiasa menghubungkan diri dengan Allah Yang Maha Pencipta sekalian alam dengan cara mengingati kebesaran-Nya, mengingati segala rahmat, nikmat kurniaan-Nya yang sentiasa dicurahkan kepada kita.

Dalam keadaan tidur pun, Allah mengirimkan rahmat-Nya ke dalam tubuh kita untuk menggerakkan jantung dan paru-paru. Oksigen kita hirup melalui udara adalah rahmat Allah yang diperlukan oleh badan supaya kita boleh hidup.

Bukan itu saja, banyak lagi rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Wajarkah manusia lupa terhadap Allah? Tidak pernah mengingati dan menyebut nama Allah, tidak pernah bersyukur dan memuji Allah, bahkan tidak pernah beribadah menyembah Allah?

Allah menyeru manusia supaya selalu ingat dan jangan lupa terhadap-Nya dalam firman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab, ayat 41)
Setiap hari Jumaat, di akhir khutbah Khatib turut mengingatkan jemaah untuk berzikir mengingati Allah. Mengapa setiap Jumaat diulang-ulang menyebutnya? Ini bermaksud mengingati Allah adalah perkara yang sangat mulia.
Mengingati Allah akan memberikan pengaruh hebat dan besar kepada manusia dari segi rohani serta jasmani. Seorang pemimpin negara yang banyak mengingati Allah, sudah tentu akan memberi pengaruh dan kesan besar terhadap corak pemerintahan serta kepemimpinannya.
Manakala rakyat atau pekerja yang banyak mengingati Allah akan memberi kesan mendalam untuk melaksanakan tugas, tanggungjawab dan kewajipannya. 
Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).” (Surah Al-Baqarah, ayat 152)

Orang yang sentiasa mengingati Allah, Allah akan sentiasa mengingatinya, jiwanya menjadi tenang, hatinya tenteram, jauh dari perasaan gelisah. Hasilnya, lahirlah budaya pekerti dan tutur kata mulia. Semua orang merasa senang dan bahagia bersamanya, walaupun kehidupannya serba kekurangan.

Firman Allah yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)
Sebaliknya, mereka yang melupakan zikrullah dan hanya memikirkan keseronokan kehidupan dunia, hatinya semakin lama akan menjadi keras membatu. Hati yang lalai kepada Allah akan membentuk tingkah laku dan tutur kata yang kasar. Dosa dan kemungkaran menjadi amalan biasa padanya.

Kesannya, masyarakat sekeliling merasa tidak senang jika berdamping dengannya, termasuk anak dan isterinya. Orang seperti ini akan menjadi tidak tenang hatinya hingga rela menjadi pembunuh dan melakukan perbuatan keji.

Maka bumi yang luas ini seolah-olah sempit dalam pandangannya dan dunia terang benderang menjadi gelap gelita kepadanya. Contoh manusia yang demikian banyak sekali, sama ada di Timur mahupun di Barat.
Walaupun ilmu pengetahuan manusia semakin menjulang tinggi, namun kerosakan dan kekejaman semakin menjadi-jadi. Untuk memulihkan keadaan, hendaklah manusia kembali beriman dan banyak mengingati Allah. Dengan demikian, dunia sudah tentu menjadi aman dan tenteram.

Manusia yang keras hati dan lalai terhadap Allah, syaitan dengan senang dapat mempermainkan mereka hingga perbuatan keji dianggap baik. Sebaliknya, perbuatan baik dianggap keji dan ditentang.
Jika diberi nasihat, ia akan dibantah dan dipersendakan. Ingatlah, segala kerosakan dan kejahatan yang bermaharajalela di muka bumi ini, dilakukan oleh manusia cerdik pandai, tetapi kosong hatinya dari mengingati Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada kami dengan nada rendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’am, ayat 43)

Rasulullah SAW juga banyak mengingatkan umatnya supaya sentiasa mengingati Allah. Sabda Baginda yang bermaksud: “Mahukah aku beritahukan kepadamu sebaik-baik amalan kamu dan paling bersih (banyak keberkatan) di sisi Tuhanmu, paling tinggi darjatnya, dan lebih baik bagi kamu menafkahkan emas dan perak, dari (berperang) menghadapi musuh, lalu kamu penggal leher mereka atau mereka memenggal leher kamu? Jawab sahabat: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: Iaitu zikrullah.” (Hadis riwayat Tarmidzi, Ibnu Majah daripada Abu Darda)

Marilah kita bersama berzikir dengan membaca al-Quran, doa dan wirid daripada Rasulullah seperti diajar kepada sahabatnya, Muadz Bin Jabal iaitu: “Ya Allah tolonglah aku, supaya (dapat) sentiasa mengingatiMu dan mensyukuri serta memperbaiki ibadatku kepadaMu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Tidak kira di mana pun kita berada, sentiasa hadirkan Allah dalam diri kita. Sesungguhnya, kita adalah hamba-Nya yang hebat di dunia, berjaya di akhirat kelak.


Kasih sayang antara anak berbeza sukarkan usaha mendidik

Oleh Prof Madya Nurhidayah Muhd Hashim
Penulis ialah pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam dan sedang melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia

SEBUAH drama keluarga yang ditayangkan baru-baru ini membawa tema kasih sayang ibu bapa kepada anak. Kisah menggambarkan bagaimana seorang ayah sangat menyayangi anak pertama telah menunjukkan kasih sayang yang tinggi kepada anak itu.

Layanan berbeza diberikan kepada anak kedua sehingga ayah menolak kebaikan si adik. Hasil penzahiran kasih sayang menyebabkan tekanan dalaman yang kronik kepada si adik.

Dalam kisah itu, si ayah memberi satu set ‘walkie talkie’ untuk si abang dan mereka berdua bermain. Adik yang melihat bertanya apakah ayahnya ada membelikan hadiah sama untuknya.

Dengan bersahaja ayah menjawab dia tidak membelikan kerana adik tidak tahu menghargainya. Selepas beberapa ketika, adik mengambil ‘walkie talkie’ itu dan bermain sendirian seolah-olah sedang bercakap dengan ayahnya.

Apabila abang menceritakan adiknya mencuri hadiah itu, ayah memukul dan memarahinya: “Jangan tinggal di rumah ini lagi kalau nak jadi pencuri. Ayah benci anak yang jahat.”
Kata-kata tajam yang menghiris hati seorang anak yang masih belum faham erti kehidupan. Kisah seumpama ini selalu juga berlaku dalam masyarakat kita di mana kasih sayang kerap dibeza-bezakan antara adik-beradik sama ada secara sedar atau tidak.

Mereka dapat merasakan wujud perbezaan kasih sayang ibu bapa terhadap dirinya dan adik-beradik lain. Apa yang bermain dalam fikiran seorang anak apabila dia dilayan seperti seorang yang tidak dikehendaki, tidak disayangi dan tidak dipedulikan?

Dalam urusan memberi kasih sayang kepada anak, ada beberapa panduan wajar diambil berat ibu bapa berdasarkan nasihat ilmuwan Islam dan pakar psikologi kanak-kanak.
Pertama, ibu bapa jangan menzahirkan dengan ketara rasa kasih kepada seseorang anak dan meninggalkan anak yang lain. Walau pun ada salah seorang anak lebih disayangi, tetapi perasaan kasih itu jangan keterlaluan dizahirkan.
Mengambil iktibar dari teguran Allah kepada suami berpoligami di mana Allah memberi nasihat supaya mereka jangan menunjukkan kasih sayang kepada seorang isteri melebihi isteri yang lain. Ia akan menyebabkan isteri ditinggalkan merasa tidak ketahuan, terbuang dan tidak disayangi.
Kedua, beri ganjaran dan teguran dengan adil antara semua anak-anak. Jika anak melakukan yang baik, bagi perangsang dan pujian atau hadiah. Jika membuat kesilapan, perlu ditegur dengan baik.

Apabila anak yang disayangi membuat silap tetapi dimarahi adalah anak lain, ia menunjukkan ibu bapa tidak bijak menangani urusan keadilan. Jika dibelikan hadiah kepada seorang anak, belikan untuk kesemuanya.
Walaupun murah, setiap anak sangat mengharapkan ingatan daripada ibu bapanya. Namun begitu, pengecualian mungkin diberi semasa hari lahir anak tertentu atau kejayaan dalam peperiksaan.

Ketiga, ibu bapa tidak wajar sama sekali menggunakan ayat menghiris hati kecil anak. Ia boleh menimbulkan kebencian anak terhadap ibu bapanya dan kepada dirinya sendiri. Perbezaan layanan daripada bapa atau ibu akan menimbulkan pelbagai soalan dalam diri anak.

Keempat, penggunaan kuasa diktator terhadap anak tidak membantu menjadikan anak seorang yang bijak, mampu berdikari dan pandai menyelesaikan masalah secara sendiri.

Anak mungkin patuh di depan tetapi bertindak sebaliknya di belakang ibu bapa.
Penggunaan ayat sindiran kepada anak yang tidak disayangi juga perlu dielakkan. Anak tidak dapat menangkap maksud di sebalik sindiran itu. Jelaskan kepada mereka apa yang perlu dilakukan dengan baik dan betulkan kesilapan tanpa membezakan antara adik-beradik.

Ibu dan ayah juga perlu selalu menyebut perkataan baik berbentuk positif dan mengingatkan anak peranannya dalam usaha membentuk kekuatan jiwa anak.

Rasulullah SAW menyebut anak seumpama kain putih yang diberi warna oleh ibu dan bapa. Ibu dan bapa yang mencorakkan, memberi nilai baik, mendidik mereka menjadi anak soleh dan solehah. Menghadapi anak dengan kasih sayang berbeza-beza akan menyukarkan usaha mendidik mereka.

Friday, April 29, 2011

Prince William & Kate Middleton lagi...

by Lylah M. Alphonse, Shine Staff,

Why didn't Prince William watch his bride walk down the aisle? Who was that little girl covering her ears and frowning while the newlyweds kissed on the balcony? Where can I get those gorgeous earrings Kate wore to her wedding? The last remaining mysteries of the royal wedding are solved, right here at Shine.

Who was that adorable little girl frowning and covering her ears on the balcony during the big kiss? That's Prince William's goddaughter, 3-year-old Grace van Cutsem, who was one of the official bridesmaids (there are no "flower girl" roles in traditional British weddings, so children are often included as bridesmaids or pages). She is the daughter of Lady Rose Astor and Hugh van Cutsem, and great-great-great-granddaughter of William Waldorf Astor, a New York-born lawyer and politician who later became a member of the British Aristocracy. (The Waldorf Hotel was one of his pet projects.) Little Grace was also pouting for part of the carriage ride; apparently, the crowd of adoring fans got a little too noisy.

Are there usually trees in Westminster Abbey?
Kate loves the outdoors and, according to the Daily Mail, she ordered more than four tons of foliage to create an English country garden setting inside Westminster Abbey, including pyramid-shaped ornamental Hornbeams to frame the choir and a "living avenue" of 20-foot-tall, 15-year-old English Field Maples through which guests walked to their seats. The cost? About 50,000 pounds, or $83,335.

What music did Kate walk in to? It didn't sound like the wedding march.
The princess walked down the aisle to "I Was Glad" by Sir Charles Hubert Hastings Parry, who composed it for the coronation of Prince William's great-great-great grandfather Edward VII in 1902.

Why didn't Prince William watch his bride walk down the aisle? 
Tradition. The groom is the last person to see the bride, and can only do so after she has completed the long walk down the aisle and is at his side. Since the aisle at Westminster Abbey is about 300-feet long, he had at least a four-minute wait at the altar.

What did Prince William whisper to Kate? 
According to some lip readers, he told her that she looked beautiful—and then looked at his father-in-law-to-be and quipped, "We were supposed to have just a small family affair."

Where did the bride and groom go in the middle of the ceremony?
They went to the Shrine of Saint Edward the Confessor, a room inside the Abbey, to sign the wedding registers.

Why was Prince William wearing red? 
Prince William holds an honorary rank of Colonel of the Irish Guards, and he opted to wear an Irish Guard's officer uniform instead of his Royal Air Force uniform. He also wore his Garter sash and star, Royal Air Force "wings," and Golden Jubilee medal.

Was the bride's dress inspired by Grace Kelly's? 
It seems that way; in fact, Kate's dress looks very much like the one worn by the American actress when she wed Prince Rainier III of Monaco in April 1956. Both Kate's gown and that of Serene Highness the Princess of Monaco had long sleeves, a cinched waist, a figure-hugging bodice, short veils, medium-length trains, and lots of delicate lace.

What was in the bride's bouquet? 
According to the official royal wedding website, the bouquet was a shield-shaped collection of Myrtle, Lily-of-the-Valley, Sweet William, Ivy, and Hyacinth. The Myrtle sprigs were from plants grown from the Myrtle used in the wedding bouquets of Queen Victoria in 1845 and Queen Elizabeth in 1947.

Any hidden messages? 
Each bridesmaid had her name and the date of the wedding hand-embroidered into the lining of her dress. The bride and groom could not customize their vows, but they did write their own prayer, which was read by Richard Chartres, the Bishop of London, during the ceremony (download a copy of the program here). It was: "God our Father, we thank you for our families; for the love that we share and for the joy of our marriage. In the busyness of each day keep our eyes fixed on what is real and important in life and help us to be generous with our time and love and energy. Strengthened by our union help us to serve and comfort those who suffer. We ask this in the Spirit of Jesus Christ. Amen." And of course, each of those flowers in the bride's bouquet had a special meaning: Lily-of-the-Valley represents the return of happiness, Sweet William stands for gallantry, Hyacinth is for the constancy of love, Myrtle symbolizes marriage and love, and Ivy is for fidelity, marriage, wedded love, friendship, and affection.

What are the full names of the newlyweds?
Prince Williams of Wales got another set of titles in time for the wedding, according to an announcement on the official royal wedding website. His full name is now His Royal Highness Prince William Arthur Philip Louis, Duke of Cambridge, Early of Strathearn, Baron Carrickfergus, Royal Knight Companion of the Most Noble Order of the Garter, Master of Arts. (According to the official website of the British Monarchy, those who have the title of HRH Prince or Princess do not need to use a last name, though theirs is Mountbatten-Windsor.) As his wife, the former Miss Catherine Elizabeth Middleton is now Her Royal Highness, The Duchess of Cambridge, but most people will probably call her Princess Catherine or Princess Kate (unofficially, of course).

Was Kate wearing Princess Diana's tiara? 
No. Diana wore the Spencer Tiara, a family heirloom of ornate, stylized flowers decorated with diamonds in silver settings. The halo-style tiara that Kate wore was Cartier creation belonging to the Queen. King George bought it for the Queen Mother in 1936; the Queen Mother gave it to the Queen on her 18th birthday.

What about her earrings? 
The bride's earrings were designed by Robinson Pelham, according to the official royal wedding website. They are diamond-set stylized oak leaves that frame a dangling diamond-set drop and pave-set diamond acorn. The earrings, which are a wedding gift to Kate from her parents, were made to match the tiara lent to her by the Queen, and were inspired by the Middleton family's new coat of arms.

Why did the Middleton family get a new coat of arms? What happened to their old one? 
They didn't have a coat of arms before, because they weren't members of the British aristocracy. The new coat of arms features three oak-leaf-and-acorn sprigs representing the three Middleton children—Catherine (Kate), Philippa (Pippa), and James. A golden chevron honors Carole Middleton, whose maiden name was Goldsmith, and two thinner, white chevrons represent the mountains and stand for the family's love of the outdoors.

Who got to be on the balcony at Buckingham Palace with the royal newlyweds?
The bride and groom took center stage, of course, but also appearing before the public were the Queen and Prince Philip, Prince Charles and his wife Camilla (Duchess of Cornwall), Carole and Richard Middleton, the couple's siblings (Pippa and James Middleton and Prince Harry), the pages (Tom Pettifer and William Lowther-Pinkerton), and the bridesmaids (Eliza Lopez, Grace van Cutsem, The Lady Louise Mountbatten-Windsor, and the Honourable Margarita Armstrong-Jones. Yes, even some children have titles in England.)

Prince William & Kate Middleton

Wedding of the year 2011!!!
Sighh...what a long waits....they only get married after 10 years..
.apa2 pun I like both of them..Selamat Pengantin Baru uols.. 
Mesti ramai gegirl yang nangis2 kat luar sana kan..ekekeke...
enjoy the pics girls..



 



Saturday, April 23, 2011

Cousins oh Sedara!

Haishh..lama tak wrote dalam ini blog...sangat busy lately..nothing much to say..just i miss my cousins so much..no matter anywhere uols ada..lama x jumpa ekk...miss all the moments bila kecik2 dulu..Sangat terasa kemissannya bila arwah kak uda pass away..mmm...our ketua kumpulan tu..ketua joget lambak...hehehehe..semoga roh arwah sentiasa dikalangan mereka yang beriman..aminn...

Arwah kak uda with her husband & beloved daughter..

suku cousins..ramai xde @ xbalik raya..ni tahun 2007 kot..


Pentingnya hidup bersaudara @ beradik-beradik tu kan..Hubungan adik beradik tu hanya boleh kekal harmoni kalo perasaan iri hati n dengki tu kita buang jauh2..Jadikan kelebihan atau kekurangan yang ada pada adik beradik kita tu sebagai cabaran untuk kita jadi insan yang lebih berguna lagi pada masa depan..betul tak uols??ni kadang2 adik beradik sendiri pun nak dengki2 n tikam belakang..haiss..iols xfaham betul la..


Ni kadang2 adik beradik sendiri xterhandle sibuk nak berangkat sana sini..kalo nak berangkat sangat pun xyah la adik beradik sendiri uols nak tolak tepi kot kan..sedarah tu kan lagi penting untuk uols pikirkan n hormat...Iols sangat x berkenan konsep angkat2 ni cos iols dah ada adik beradik n cous yang sangat best..xyah la nak kongsi kasih sayang ngan org lain ye uols..yang ado je la uols...:-)


Thursday, April 14, 2011

I report karang!!!

Halu..halu..Penyakit baru melanda opis iols..
virus cinta bawaan sorg minah yang asyik menyulam cinta ngan laki orang..

hadooiii..
nasihat xnak dengar plak tu..
siap boleh sound kakak2 opis yang bagi nasihat..
"doakan saja kebahagiaan saya,"
...habis kebahagiaan wife orang tu macam mana uols..
ishh...diam je sudah..tak boleh ke..

Ambik laki orang satu hal..
kaki report pun satu hal..
dah la BF minah ni sume xsuka kat opis tu..
maklumlah serba-serbi out..mulut laser..poyo..kaki kipas..gediks dan sebagainya lah..
minah ni bila orang mengata pasal BF dia laju je sms report..
xpayah la kot kawan buat cam tu..
nanti satu opis gaduh pasal report uols tu..
xsume tau uols bercinta dengan heols..

lantaksla..

p/s: sume bercakap kat opis ni..shhhh...


Wednesday, April 13, 2011

Air Mata Isteri ~ untuk tatapan para suami di luar sana..

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam…

Wahai suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya...
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka
begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


credit to:
my baby store/facebook

Welcome

IT'S ALL ABOUT XANS

Hi & Assalamualaikum, welcome to by Avicennaxan @ it's all about Xans.

Blog ni didedikasikan khas buat my Xans..moga-moga bila besar nanti my kids boleh baca kisah-kisah lama mereka dekat sini.

Selain itu...i would like to share my experiences, view, study and etc dekat sini lebih-lebih lagi tempat-tempat menarik untuk holiday dan tempat lazat untuk makan..yummehh...


Till finger meet keyboard again..ADIOS


xoxo
Wartawan Pencen